Rabu, 26 September 2012

Lalat..makhluk hebat..

Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al-Tibb al-Nabawi fi Daw al-Ilm al-Hadith (Prophetic Medicine in the Light of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan tentang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabîh Da’ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. 

Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabîh Da’ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. 

Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. Ia selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini. (Untuk perincian sila baca buku ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin, terbitan PTS Publication)
~~~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar