Jumat, 05 April 2013

Main teka-teki yuk.



1. Dalam banyak-banyak air, air apa yg paling berani?
Jawapan : Air terjun! Sebab tinggi kalo dia terjun!

2. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar haid?
Jawapan : kura-kura.. Sebab dia keluarkan Head nya..

3. Banyak-banyak pokok, pokok apa yang paling baik hati?
Jawapan : Pokok pisang sebab pokok pisang keluarkan jantungnya

4.Binatang apa namanya hanya guna dua huruf saja?
Jawapan: U dan G (udang)

5.Binatang apa yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang sebab binatang ini ber wang

6.Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

7.Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan....

8.Kopi apa yang sungguh menyusahkan?
Jawapan: KOPIkir sendirilah!

9.Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?
Jawapan: Kotak Penalti

10.Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?
Jawapan: Orang bilang (saya) haha

11.Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????
Jawapan: SRIGALA kerana Srigala suka lolong melolong (tolong menolong) hehe

12.Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau?
Jawapan: Tahi hidung, sebab duduk dalam hidung tuan dia tak tercium pun bau.

13.Banyak-banyak bus, bus apa yang pandai
Jawapan: Bus sekolahlah, the only bus pergi kesekolah

14.Apa bahasa cinanya "selesai makan"?
Jawapan: Sudah KEN YANG

15.Cuba terka apa bahasa cina-nya "orang yang cari ikan di laut"?
Jawapan: MAN CHING

16.Apa dia "jauh di mata, dekat di hati"?
Jawapan: Jantung.. paru-paru pun boleh.. hempedu pun boleh.. asalkan dekat dengan hati..

17.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.
Jawapan: Telapak kaki kita

18.Pembuatnya tidak mahu gunakan, pembelinya tidak menggunakannya dan penggunanya tidak nampak
Jawapan: Keranda

19.Yang Besar dapat masuk, yang kecil tak dapat masuk
Jawapan: Songkok

20.Siapa orang yang gembira bila mendengar orang meninggal?
Jawapan: Tukang gali kubur
"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar